Setelah 3 hari berlalu... kini aku mula terasa sedikit demi sedikit akan kehilanganmu.. teman..pemergian yang tidak boleh disangkal, ..kehilangan yang takan sama dengan penggantinya...bibit-bibit perjuangan kita mendidik anak bangsa meninggalkan banyak kenangan.. jasamu untuk anak bangsa mungkin tidak difahami oleh sesetengah anak muridmu... namun kau tidak pernah kecewa menegakkan ketegasanmu... itulah sebenarnya yang banyak membantuku... seorang teman yang lemah...khususnya apabila berdepan dengan murid yang nakal... Terima kasih.. teman.. semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Buat keluarga yang ditinggalkan...tabahkan hati mengharungi liku kehidupan. Sampai masa kita akan menyusulnya.
Ingatlah wahai manusia, berhati-hatilah dalam mencari dunia, sesungguhnya seseorang tidak akan dapat melainkan apa yang telah dicatatkan untuknya dan tidak akan mati sebelum mendapatkan bahagian dunia yang telah ditentukan untuknya.
Hadis Rasullullah
"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
Rabu, 15 April 2009
Isnin, 6 April 2009
Kekalutan dan kekabutan seringkali mengekori kita, hari-hari berlalu jangan lagi dikenang. Hari-hari mendatang perlu ditempuhi juga. Peristiwa sekeliling menjadi sempadan buat kita memakna kewujudan kita pada dunia ini.... kesibukan yang diterima adalah satu cabaran.... bagi menguji sejauhmana ketabahan dan keikhlasan kita menerima tanggungjawab sebagai khalifah.
Hakikatnya kewujudan kita telah direalisasikan...maka usah lagi berdolak dalih
sahutlah cabaran ini wahai anak-anak negaraku... kuasailah apa saja yang diberikan, gilapkan dirimu seumpama kerlipan bintang di angkasa,... kejayaanmu adalah kejayaanmu jua...cuma izinkan aku tumpang gembira bila kau berjaya.
Ahad, 8 Mac 2009
Seloka Pandai Pak Pandir
Anak dipijak, dagang dijinjing;
Kucing dibunuh, tikus dibela;
harta habis, badan tergadai,
mendengar gelagak dagang,
tak sedar bertelanjang;
mendengar guruh di langit,
air tempayan dicurahkan.
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram!
Kilat memancar, hujan tak lalu,
awak juga berkecundangan!
ANAK-ANAK MERDEKA
Anak2 yang telah meninggalkan kehidupan daif ibu bapa atau atuk dan nenek dahulu. Terlalu janggal melangkah di lantai nibong....berkudis bila mandi air parit...,rasa pelik tidur dalam kelambu...,melecet kaki berlari dengan kaki ayam..., dan banyak lagi yang telah kita lalui... tetapi anak2 kita tak merasai pengalaman itu. Betapa indahnya pengalaman hidup sebagai anak kampung.
Isnin, 16 Februari 2009
SAJA SEMBANG-SEMBANG
Semalam kecoh pasal kes jumpa baby dalam laci almari, kononnya jumpa baby kat tempat pembuangan sampah...top .top meletup ..rupanya anak sendiri... malah sanggup menahan kesakitan bersalin sendiri dalam tandas... hai apa dah jadi dengan manusia hari ini.. kata mak mentua aku... tamit-tamit.... sebab akupun ada anak perempuan. Ya Allah mohon jauhkanlah diriku daripada musibah seperti ini.
Apa yang aku nak sentuh kat sini perkara ini tak akan berlaku jika bertepuk sebelah tangan saja. Tetapi rasa kes ini sang perempuan saja yang kena,..dah le kena mengandung lepas itu kena bersalin..pas tu kena pulak buang anak .. akhirnya kena pulak tangkap! mana pegi heronya?... aman sejahtera sahaja hidupnya ...lepas itu tabur benih lagi...
sang perempuan masih tak sedar diri lagi,.dipermainkan..dipergunakan...dan diperkudakan..
wahai wanita-wanita.... kau dijadikan tuhan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Kejadian kita terbit dari satu anugerah, maka itu peliharalah dirimu, pandulah jiwamu dan bulatkan tekadmu dalam menempuh goda-godaan dunia...jadikan dirumu seteguh karang di lautan...walaupun ombak membadai ia tetap utuh....tak terjejas.
Pandulah jiwamu dengan jalinan iman dan taqwa agar manis dan harum bak kasturi. Sesungguhnya kehadiran kita menyuntik rasa kebahagiaan dunia. Jadi kita adalah aset dunia yang harus dipelihara dengan penuh takzim kerana kita adalah satu amanah dari yang Esa untuk yang bergelar "ADAM"
Jumaat, 6 Februari 2009
Hanya semangat
Bila kurenung-renung tak kala bersendiri, terasa olehku betapa banyaknya kepura-puraan berlaku di sekeliling. Aku cuba mencari diri di tengah-tengah hipokrasi manusia.... ternyata aku lemas di dalamnya. Kemelut sosial anak-anak muda bukan lagi menjadi agenda utama ... walaupun kita hari ini sibuk mengutuk kezaliman Israel pada rakyat Palestin. Kita pun sama sebenarnya zalim macam Israel .... pada anak-anak muda kita hari ini. Atas alasan yang cuba menghalalkan sikap "tak mau jaga tepi kain orang" konon.... sehingga kita bukan saja lalai tetapi sengaja tutup mata kepada perkara-perkara mungkar yang berlaku di depan kita atas alasan "bukan urusan kita", biarlah orang lain yang buat, kita tak payah le... mudahnya kita melepaskan tanggungjawab itu...! mengapa? bila ada isu hangat ...khususnya pasal politik berapi-api kita menyuarakan pendapat... orang ni tak betul..pemimpin ni tak betul ...dan macam-macam lagi yang kadang-kadang kita pula yang lebihnya ..mengalahkan ahli politik tu.
Tapi bila diselidik sikap dan perangai kita pun sama juga macam ahli politik. Bak kata orang tua-tua zaman dulu "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Sudah-sudah le tu.... mari le kita sama-sama membangunkan bangsa kita demi agama dan negara yang tercinta. Lupakan apa jua perbezaan politik kita... sesungguhnya sedarlah bangsa kita ni tak ada tempat lain untuk anak cucu kita merempat kecuali hanya di sini....Maka jalankan sahaja tanggungjawab kita seikhlasnya sebagaimana dituntut oleh agama,.. kita cuba menbawa anak-anak muda kita keluar daripada segala masalah sosial yang disogokkan oleh kaum Yahudi itu.. kita harus memerah keringat mengasuh dan mendidik anak-anak muda kita supaya menjadi sekental dan seberani anak-anak muda Palestin yang sanggup berdepan dengan Apache dan sebagainya hanya bersenjatakan batu jalan... lebih penting kita harus memenuhi dada-dada mereka dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat untuk mereka survive dan menjadi pemimpin yang berhati penuh ketaqwaan dan kezuhudan bukannya... dengan kesombongan merajai hati, kedengkian menunjangi tindakan... maka berjayalah kita memastikan harapan anak cucu kita masa depan yang sentiasa berharap "wahai bapa-bapaku sekalian peliharaan negaraku ini sementara kami besar".
Langgan:
Catatan (Atom)