Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Rabu, 28 Januari 2009

smkj286: Gharqad

smkj286: Gharqad

selamat berbicara lagi

BONDA....satu anugerah yang tidak ternilai untuk setiap manusia ..yang pernah bergelar anak... bonda memberi nyawa untuk anak-anak boleh hidup, boleh berjalan dan boleh berlari.. malah melangkah kaki di muka bumi dengan penuh bergaya.. siapa yang asuh??? dia itu yang bergelar bonda..sesungguh masih beruntung sesiapa yang masih punya bonda hari ini.. kerna masih punya waktu untuk bermanja, berbakti dan bermohon ampun. buat diriku yang telah kehilangannya hanya mampu berdoa.. dan berdoa moga rohnya dan dosaku harap diampunkan olehnya dan olehNya.

Sesekali aku menangis bila teringatkanmu... seolah aku masih lagi anak-anak kecil yang teresak apabila ibunya hilang daripada pandangan. Sesungguhnya dia tetap di hatiku,..masih segar..sama seperti dahulu..walaupun kini hatiku telah dimiliki tapi tempat dudukmu tiada ganti dihati ini... kaulah ibu.. sekalung al-fatihah untuk ibu.. semoga rohnya tenang di sana.....

Jumaat, 23 Januari 2009

BALIK JENGKA


sALAM SEJAHTEA


Bertuah sungguh tinggal di bumi ini... bertuah sungguh sebab makan gaji .... hari ini cuti lagi... orang lain sambut raya aku tumpang sekaki. Kesempatan ini kugunakan untuk mengziarahi bapak kat jengka...jengka 2. Aku rasa dia dah tak sabar nak jumpa cucu.. sekarang aku masih kat rumah lagi, bapak dah tiga kali telepon... nak conform jadi balik ke tak??? atau dah sampai kat mana???? hai begitulah hebatnya kasih dan sayang bapak kat kita... kasih sayang kita kat mereka macam mana ye???...


Selasa, 13 Januari 2009

WHI- Memey


Cinta ...apa sebenarnya ia??? Kata-kata cinta didambakan oleh semua orang tidak kira kecil, tua atau muda,.. malah orang yang dah mati pun mungkin mengharapkan cinta bagi menjadikan 'rohnya' tenang di sana....
Manusia hidup digerakkan oleh cinta. Dan dengan cintalah manusia menghidupkan diri. Maka cinta itu amat luas deskripsinya... cinta menyatukan....cinta juga memisahkan...maka cinta bukan matlamatnya.
Cinta menjadikan yang buruk itu indah...cinta juga memburukkan sijelita..cinta meramahkan sipendiam.... dan juga pernah cinta menjadikan orang mulia hina.... maka janganlah terlalu taksub dengan cintamu....
Cinta datang tanpa dijemput...dan cinta pergi tanpa perlu diikat....adakah cinta akan kekal selamanya bersama kita selama?????
Tepuk dada tanya selera....

Sabtu, 3 Januari 2009

Susahnya ajar anak pakai tali pinggang



Bila kerajaan nak laksanakan penggunaan tali pinggang belakang.. macam-macam responnya dari ramai orang termasuk le aku.


Dah dapat dibayangkan reaksi hero-heroku bila naik kereta dan dikerah memasang tali pinggang keledar. hai.. nampaknya aku kini terpaksa bergerak malam, atau ketika mereka tidur.. kalau tak akan terbang RM300 kat abang polis. Memang tak dinafikan akan kebaikan penggunaan tali pinggang belakang tu...

Jumaat, 2 Januari 2009

Doa Awal Tahun




salam sejahtera...


Aku bermohon kepada yang maha Esa semoga Tahun 2009 ini akan lebih menjadikanku hamba yang solleh, mentaati suruhan dan laranganNya. ..setia pada takdir dan patuh menjalani hidup sebagaimana yang dituliskan olehNya. Diharapkan semoga aku dapat menerima segala peristiwa lepas dengan redha,.. dan menghadapi hari mendatang dengan azam dan tekad untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam...


Dalam usia merangkak setahun lagi,.. aku berharap akan menjadi semakin matang mengurus diri, keluarga dan kerjaya supaya lebih sistematik,.. tidak terburu-buru dengan waktu dan setiap detik yang berlalu kupahatkan azam untuk mengukir kalimah bismillah dan zikirullah supaya sentiasa mengingatkan aku bahawa detik pertemuan dengan yang maha Esa semakin hampir....