salam sejahtera...
Aku bermohon kepada yang maha Esa semoga Tahun 2009 ini akan lebih menjadikanku hamba yang solleh, mentaati suruhan dan laranganNya. ..setia pada takdir dan patuh menjalani hidup sebagaimana yang dituliskan olehNya. Diharapkan semoga aku dapat menerima segala peristiwa lepas dengan redha,.. dan menghadapi hari mendatang dengan azam dan tekad untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam...
Dalam usia merangkak setahun lagi,.. aku berharap akan menjadi semakin matang mengurus diri, keluarga dan kerjaya supaya lebih sistematik,.. tidak terburu-buru dengan waktu dan setiap detik yang berlalu kupahatkan azam untuk mengukir kalimah bismillah dan zikirullah supaya sentiasa mengingatkan aku bahawa detik pertemuan dengan yang maha Esa semakin hampir....
1 ulasan:
salam kenal ibu guru
Catat Ulasan