Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Ahad, 8 Mac 2009

Seloka Pandai Pak Pandir


Anak dipijak, dagang dijinjing;

Kucing dibunuh, tikus dibela;

harta habis, badan tergadai,

mendengar gelagak dagang,

tak sedar bertelanjang;

mendengar guruh di langit,

air tempayan dicurahkan.

Mulut kena suap pisang,

Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan dihujung,

Pak Pandir juga yang menanggung,

Apa didengar gelagak dagang,

Gelagak rambutan jantan,

Orang berbunga, dia berbunga,

Orang berbuah, dia haram!

Kilat memancar, hujan tak lalu,

awak juga berkecundangan!

ANAK-ANAK MERDEKA



Anak2 yang telah meninggalkan kehidupan daif ibu bapa atau atuk dan nenek dahulu. Terlalu janggal melangkah di lantai nibong....berkudis bila mandi air parit...,rasa pelik tidur dalam kelambu...,melecet kaki berlari dengan kaki ayam..., dan banyak lagi yang telah kita lalui... tetapi anak2 kita tak merasai pengalaman itu. Betapa indahnya pengalaman hidup sebagai anak kampung.

Hanya sekadarnya.




Kritikan yang diterima semasa pembinaannya mungkin sama??????