Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Rabu, 17 Disember 2008

SEKOLAH NAK BUKA DAH......


Selamat pagi cikgu..... kata-kata yang tak lama lagi akan berkumandang kembali setelah hampir 2 bulan menyepi, kata... kata azimat untuk anak anak yang pulus ibarat kain putih,...tapi hanya peringkat sekolah rendah le (tahap satu).... bila masuk sekolah menengah, lain ceritanya...

Tahniah juga.... untuk budak-budak lelaki yang berjaya melalui cuti panjang yang mungkin amat menakutkan ... tetapi akhirnya dah menyempurnakan kelakiannya (bersunat le..).
Untuk mak bapa pulak... lega le sikit rasanya ...kurang sikit riuh rendah di rumah, maklum anak-anak dah mula masuk sekolah. walaupun mungkin terpaksa 'shopping sakan' buat persiapan buka sekolah. Tapi jangan bimbang itu adalah satu pelaburan yang amat tinggi pulangannya dunia dan akhirat, tanggungjawab kita le menyempurnakan warna-warna dirinya. Lagi pun kerajaan dah bantu dah...bonus dah masuk dah .....

Selasa, 11 November 2008

Jejak kasih


Malam tadi aku happy sangat sebab terjumpa dengan classmate masa form 6 dulu.. jumpa kat intenet... besar sungguh jasa komputer ni. Hubungan yang terpisah sekian lama akhirnya bertaut kembali dalam jaringan ini. Kalaulah ada rakan2 lain yang baca blog ni bolehlah hubungi aku balik. bolehlah kita aturkan pertemuan semula ahli kelas kita. amacam???

Isnin, 10 November 2008

kenangan silam

entah kenapa ahaknya tiba-tiba aku terasa sungguh terharu ....sayu... dan pilu.. betapa begitu cepat masa berlalu sedar-sedar aku dah cecah 40 tahun. betapa cepatnya masa itu berlalu, rasanya baru semalam masih tergiang ditelinga suara-suara mak meleteriku, suara-parau bapak menyuruh pergi mengaji, suara lunak kekawan yang bergelumbang selut di parit, suara mendesir guru mengajar tulis- baca. Betapi singkatnya hidup di dunia. kebahagiaan di dunia yang kukejar selama ini rupanya tidaklah boleh kukendong selamanya.
Maka sedarlah aku kini bahawa ada kebahagiaan lain lagi selain kebahagian kini yang perlu aku cari...isi... dan penuhi...




Sabtu, 1 November 2008

ANAK MURIDKU

GURINDAM NASIHAT;

Apabila banyak berkata-kata,

disitulah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,

itulah tanda perkerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,

bila besar bapaya letih.

Apabila banyak mencela orang,

itulah tanda dirinya kurang.

Apabila mendengar akan khabar,

menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila medengar akan aduan

membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut

lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,

lekaslah segala orang menjadi gusar.

Apabila perkerjaan yang amat benar,

tidak boleh orang berbuat onar.


Khamis, 30 Oktober 2008

WARISAN MELAYU


Sedih juga hatiku bila pertama kali keputusan untuk melupuskan subjek kesusasteraan Melayu dilaksanakan di sekolahku...tetapi ... biarkan masa mengubatinya..untuk merasionalkan kesedihanku maka kugalaskan Bahasa Melayu (KOMSAS) sebagai platform untuk anak didikku mengenali dan memahami akar budaya yang menunjangi bangsanya.

Kesusasteraan adalah penglahiran jiwa sesuatu bangsa... iaitu pancaran budaya,.. world view bangsa. Hasil-hasil kesusasteraan khususnya Kesusasteraan Melayu Lama seperti pantun, syair, gurindam, seloka, hikayat dan pelbagai genre lagi adalah warisan yang mesti kita kenal...supaya kita sedar bahawa apa yang kita warisi itu adalah satu yang tidak dapat kita singkirkan dengan begitu saja. Dan lagi kesedaran kita itu akan memperkayakan pengetahuan tentang diri kita sendiri dalam menghadapi hidup kita hari ini. dan...kita adalah titisan daripada warisan yang kita terima.

CONTOH: NILAI KETAATAN KEPADA RAJA digambarkan dalam ikatan puisi bebas berikut;


Titir canang pemanggil,
pukul tabuh larangan,
palu gong pelaung.
maka rakyatpun datang mengadap;

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak leka bertanya,
Yang kecil terambil lintang,
Yang jasah tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya;

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta mengembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap memikul buluh.
Maka merekapun berdatang sembah;

Musuh mana akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dujemur
mana senapangkah diampai?
Mana jamban dikencah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
Semua perumpamaan ini menggambarkan kesepaduan rakyat mendaulatkan kedudukan raja bagi menjunjung kesucian maruah bangsa dan negara seterusnya menjamin keutuhan agama yang dilambangkan istilah PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH.

ICU

Terima kasih buat kekawan yang amat mengambil berat.... dalam ketidakberdayaanku ...maka rakan taulanlah yang menjadi saudara. Kasih dan sayang yang dicurahkan menyedarkanku bahawa persahabatan adalah titian yang paling utuh buat kita menangani segala kesusahan hidup. Kawan-kawanku... yang keikhlasanmu adalah hadiah terbaik dalam perjalanan hidup ini. Maafkan aku kerana mungkin selama ini agak kasar dan celupar dalam menuturkan bicara mesra.

Selasa, 28 Oktober 2008

Salam Aidilfitri


Salam kemaafan kuhulurkan buat semua yang mengenaliku dan membaca coretan ini,... Dalam liku -liku memaknakan diri pada sejarah.... mungkin keterlanjuran kata dan sikap menjadi ulam mewarnai jalinan persahabatan, tanpa sedar...maka.. aku mohon kemaafan yang tidak mungkin dapat digalang ganti oleh insan lagi kecuali yang terasa pedasnya cili itu... sekali lagi kupohon kemaafan.

Berbicara tentang hari raya memang sangat menakjubkan... hari yang memberi seribu makna kepada setiap insan.. tidak sama seperti hari-hari yang lain. Satu hari di mana semua kerinduan yang terpendam berhimpun menjadi satu,.. titik pertemuan jalinan kasih antara ikatan... ibu dan anak,.. adik dan abang,.. suami dan isteri ...dan segala macam nama lagi yang diberikan oleh kita untuk memaknakan hubungan antara manusia... Yang pastinya dihari LEBARAN ini terurailah segala kerinduan, dan...kebencian serta dendam pasti akan terpadam bila gema takbir menggegar seluruh angkasaraya ini.

Isnin, 13 Oktober 2008

Kenangan masa lalu.







Salam sejahtera,



bertemu lagi untuk sekian kalinya. hari ini aku teringin nak berbicara tentang kampungku nun jauh di utara Semenanjung. Setelah 40 tahun berlalu, mungkin lebih daripada itu kami kembali ke kampung lagi sempena syawal yang lalu. kulihat sedikit demi sedikit perubahan zaman memakan kapung halamanku. Nilai dan ciri tradisional semakin terhakis dek pembangunan sekeliling. Jauh di sudut hatiku terasa sayu melihat bendang-bendang mula dihuni kelapa sawit, rumah-rumah kayu diganti dengan rumah batu da parit-parit tempat berkubang bertukar menjadi longkang konkrit........

Maka kini hilanglah kerinduan untuk menatap wajah permainya desa, nyamannya bayu di bawah pohon nyiur yang melambai-lambai, menggamit perasaan setiap kali takbir bergema. kesayuan dan kerinduan pun berkubur seiring dengan masa....












Jumaat, 19 September 2008

SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 1 (ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU)

Jepun satu nama yang amat terkenal sejak zaman berzaman. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Sesuatu yang amat senonim dengan nama Jepun dahulu ialah "Semangat Samurai". Dan hari ini pun Jepun menjadi terkenal di serata pelusok kampung, bandar dan kota. Masyarakat dan budak2 kecil pun kenal Jepun melalui jenama Honda Accorrd, Honda Bon Siew, Toshiba dan macam-macam lagi.... memang mengkagumkan tentang Jepun. maka itu hari ini kita belajar tentang zaman pendudukan Jepun.

Jepun mula bangkit sebagai kuasa besar semasa pemerintahan dinasti Meiji di bawah Maharaja Mokado Meiji berlaku kebangkitan kuasa ketenteraan yang amat hebat di Jepun. Semangat dan propagandanya telah mempengaruhi bukan sahaja rakyat Jepun malah rakyat Asia. Propagandanya ialah Asia untuk Asia dan Lingkungan bersama Asia Timur Raya.

Propagandanya ini berjaya memikat hati rakyat Tanah Melayu menyokong pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada Disember 1941. Dalam masa 3 bulan Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu. Satu rekod pencapaian yang memecahkan kehebatan penjajah-penjajah lain.
Untuk tahu lebih lanjut boleh baca Sejarah Tanah Air Buku Teks tingkatan 3.

Khamis, 18 September 2008

Pemula Bicara

Terima kasih kepada cikgu Suhainah kerana sudi mengajarku tentang blog yang bakal menjadi medan untuk aku mengisi masa senggang di depan komputer. Harap-harap tiada lagi masa senggang di atas katil atau di depan TV menonton siaran indonesia yang sekarang menggilai semua stesen televisyen hingga terasa kadang-kadang sudah berada di negeri seberang. Sudahlah jiran tetanggaku pun memang ramai indo, di kedai pun pembantunya indo,.. sikit lagi ada cerita bangla pulak masuk ke stesen tv. alaihai siapa sebenarnya yang mengagongkan budaya itu.???? kenapa kita lambat terjaga???? lihat sekeliling kita makin dipenuhi warganegara asing... kalau tidak percaya tunggu saja raya nanti di Kuala Lumpur. Rasanya semua tahu tapi kenapa tutup mata???