Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Khamis, 30 Oktober 2008

WARISAN MELAYU


Sedih juga hatiku bila pertama kali keputusan untuk melupuskan subjek kesusasteraan Melayu dilaksanakan di sekolahku...tetapi ... biarkan masa mengubatinya..untuk merasionalkan kesedihanku maka kugalaskan Bahasa Melayu (KOMSAS) sebagai platform untuk anak didikku mengenali dan memahami akar budaya yang menunjangi bangsanya.

Kesusasteraan adalah penglahiran jiwa sesuatu bangsa... iaitu pancaran budaya,.. world view bangsa. Hasil-hasil kesusasteraan khususnya Kesusasteraan Melayu Lama seperti pantun, syair, gurindam, seloka, hikayat dan pelbagai genre lagi adalah warisan yang mesti kita kenal...supaya kita sedar bahawa apa yang kita warisi itu adalah satu yang tidak dapat kita singkirkan dengan begitu saja. Dan lagi kesedaran kita itu akan memperkayakan pengetahuan tentang diri kita sendiri dalam menghadapi hidup kita hari ini. dan...kita adalah titisan daripada warisan yang kita terima.

CONTOH: NILAI KETAATAN KEPADA RAJA digambarkan dalam ikatan puisi bebas berikut;


Titir canang pemanggil,
pukul tabuh larangan,
palu gong pelaung.
maka rakyatpun datang mengadap;

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak leka bertanya,
Yang kecil terambil lintang,
Yang jasah tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya;

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta mengembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap memikul buluh.
Maka merekapun berdatang sembah;

Musuh mana akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dujemur
mana senapangkah diampai?
Mana jamban dikencah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
Semua perumpamaan ini menggambarkan kesepaduan rakyat mendaulatkan kedudukan raja bagi menjunjung kesucian maruah bangsa dan negara seterusnya menjamin keutuhan agama yang dilambangkan istilah PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH.

ICU

Terima kasih buat kekawan yang amat mengambil berat.... dalam ketidakberdayaanku ...maka rakan taulanlah yang menjadi saudara. Kasih dan sayang yang dicurahkan menyedarkanku bahawa persahabatan adalah titian yang paling utuh buat kita menangani segala kesusahan hidup. Kawan-kawanku... yang keikhlasanmu adalah hadiah terbaik dalam perjalanan hidup ini. Maafkan aku kerana mungkin selama ini agak kasar dan celupar dalam menuturkan bicara mesra.

Selasa, 28 Oktober 2008

Salam Aidilfitri


Salam kemaafan kuhulurkan buat semua yang mengenaliku dan membaca coretan ini,... Dalam liku -liku memaknakan diri pada sejarah.... mungkin keterlanjuran kata dan sikap menjadi ulam mewarnai jalinan persahabatan, tanpa sedar...maka.. aku mohon kemaafan yang tidak mungkin dapat digalang ganti oleh insan lagi kecuali yang terasa pedasnya cili itu... sekali lagi kupohon kemaafan.

Berbicara tentang hari raya memang sangat menakjubkan... hari yang memberi seribu makna kepada setiap insan.. tidak sama seperti hari-hari yang lain. Satu hari di mana semua kerinduan yang terpendam berhimpun menjadi satu,.. titik pertemuan jalinan kasih antara ikatan... ibu dan anak,.. adik dan abang,.. suami dan isteri ...dan segala macam nama lagi yang diberikan oleh kita untuk memaknakan hubungan antara manusia... Yang pastinya dihari LEBARAN ini terurailah segala kerinduan, dan...kebencian serta dendam pasti akan terpadam bila gema takbir menggegar seluruh angkasaraya ini.

Isnin, 13 Oktober 2008

Kenangan masa lalu.







Salam sejahtera,



bertemu lagi untuk sekian kalinya. hari ini aku teringin nak berbicara tentang kampungku nun jauh di utara Semenanjung. Setelah 40 tahun berlalu, mungkin lebih daripada itu kami kembali ke kampung lagi sempena syawal yang lalu. kulihat sedikit demi sedikit perubahan zaman memakan kapung halamanku. Nilai dan ciri tradisional semakin terhakis dek pembangunan sekeliling. Jauh di sudut hatiku terasa sayu melihat bendang-bendang mula dihuni kelapa sawit, rumah-rumah kayu diganti dengan rumah batu da parit-parit tempat berkubang bertukar menjadi longkang konkrit........

Maka kini hilanglah kerinduan untuk menatap wajah permainya desa, nyamannya bayu di bawah pohon nyiur yang melambai-lambai, menggamit perasaan setiap kali takbir bergema. kesayuan dan kerinduan pun berkubur seiring dengan masa....