Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Khamis, 30 Oktober 2008

WARISAN MELAYU


Sedih juga hatiku bila pertama kali keputusan untuk melupuskan subjek kesusasteraan Melayu dilaksanakan di sekolahku...tetapi ... biarkan masa mengubatinya..untuk merasionalkan kesedihanku maka kugalaskan Bahasa Melayu (KOMSAS) sebagai platform untuk anak didikku mengenali dan memahami akar budaya yang menunjangi bangsanya.

Kesusasteraan adalah penglahiran jiwa sesuatu bangsa... iaitu pancaran budaya,.. world view bangsa. Hasil-hasil kesusasteraan khususnya Kesusasteraan Melayu Lama seperti pantun, syair, gurindam, seloka, hikayat dan pelbagai genre lagi adalah warisan yang mesti kita kenal...supaya kita sedar bahawa apa yang kita warisi itu adalah satu yang tidak dapat kita singkirkan dengan begitu saja. Dan lagi kesedaran kita itu akan memperkayakan pengetahuan tentang diri kita sendiri dalam menghadapi hidup kita hari ini. dan...kita adalah titisan daripada warisan yang kita terima.

CONTOH: NILAI KETAATAN KEPADA RAJA digambarkan dalam ikatan puisi bebas berikut;


Titir canang pemanggil,
pukul tabuh larangan,
palu gong pelaung.
maka rakyatpun datang mengadap;

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak leka bertanya,
Yang kecil terambil lintang,
Yang jasah tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya;

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta mengembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau meninjau,
Yang kurap memikul buluh.
Maka merekapun berdatang sembah;

Musuh mana akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dujemur
mana senapangkah diampai?
Mana jamban dikencah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
Semua perumpamaan ini menggambarkan kesepaduan rakyat mendaulatkan kedudukan raja bagi menjunjung kesucian maruah bangsa dan negara seterusnya menjamin keutuhan agama yang dilambangkan istilah PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH.

Tiada ulasan: