Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Isnin, 16 Februari 2009

SAJA SEMBANG-SEMBANG



Semalam kecoh pasal kes jumpa baby dalam laci almari, kononnya jumpa baby kat tempat pembuangan sampah...top .top meletup ..rupanya anak sendiri... malah sanggup menahan kesakitan bersalin sendiri dalam tandas... hai apa dah jadi dengan manusia hari ini.. kata mak mentua aku... tamit-tamit.... sebab akupun ada anak perempuan. Ya Allah mohon jauhkanlah diriku daripada musibah seperti ini.


Apa yang aku nak sentuh kat sini perkara ini tak akan berlaku jika bertepuk sebelah tangan saja. Tetapi rasa kes ini sang perempuan saja yang kena,..dah le kena mengandung lepas itu kena bersalin..pas tu kena pulak buang anak .. akhirnya kena pulak tangkap! mana pegi heronya?... aman sejahtera sahaja hidupnya ...lepas itu tabur benih lagi...


sang perempuan masih tak sedar diri lagi,.dipermainkan..dipergunakan...dan diperkudakan..


wahai wanita-wanita.... kau dijadikan tuhan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Kejadian kita terbit dari satu anugerah, maka itu peliharalah dirimu, pandulah jiwamu dan bulatkan tekadmu dalam menempuh goda-godaan dunia...jadikan dirumu seteguh karang di lautan...walaupun ombak membadai ia tetap utuh....tak terjejas.


Pandulah jiwamu dengan jalinan iman dan taqwa agar manis dan harum bak kasturi. Sesungguhnya kehadiran kita menyuntik rasa kebahagiaan dunia. Jadi kita adalah aset dunia yang harus dipelihara dengan penuh takzim kerana kita adalah satu amanah dari yang Esa untuk yang bergelar "ADAM"

Tiada ulasan: