Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan....kau datang lagi untuk kesekian kalinya


Salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca atau terbaca coretan ini....

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam sedunia, seMalaysia dan sebangsa.. Dalam meniti hari depan, masih samar dimana titik akhir kita.. adakah akan sempat menghabiskan 30 ramadan ini atau sempat sampai ke syawal ini atau seumpamanya...????? Itu semua kerja Tuhan yang kita mesti akur. Kejutan demi kejutan yang diterima akan pemergian rakan-rakan seperjuangan, tambah menginsafkanku, bahawa hidup ini sangat singkat. Gunakan bulan ini sebaik mungkin..kerna mungkin ini adalah ramadan yang terakhir untuk kita......

Jumaat, 7 Ogos 2009

Tinggal Kenangan


Sejarah berulang kembali, peristiwa 10 tahun lepas kembali menjadi realiti lagi pada pagi ini,. cuma situasinya agak berbeza... aku dikejutkan oleh kedatangan suamiku ke sekolah untuk memaklumkan akan keadaan bapak yang telah dimasukkan ke Hospital Sultan Hj. Ahmah shah, Temerloh kerana serangan jantung. Hati serasa mahu terbang ketika itu juga ke pangkuan bapak,.. apabila permohonan cuti rehatku diluluskan maka aku pun bergegas pulang dan sampai ke hospital kira-kira jam 7.30 petang. ....
Mengadap bapak yang telah tidak sedarkan diri dengan pelbagai wayar berselirat ditubuh meruntunkan lagi jiwaku.. ..seluruh tubuh seakan sama merasai kesakitan itu...2 hari kumenunggu bapak membuka mata melihatku... tetapi hampa... dalam saat- saat begini kurasa betapa kerdilnya kita... dengan sekelip mata kita menjadi terus tidak berdaya.
Sekujur tubuh yang masih bernyawa kutatap dari hujung rambut sampai hujung kaki... bapak jika ditakdirkan tika ini kau meninggalkanku.... maka aku pasrah menerima takdir itu.... kerna aku tidak sanggup lagi melihat tubuhmu terbujur tidak berdaya di cadar putih itu.. betapa ketakutanmu untuk menjalani pembedahan jantung telah merenggut nyawamu...
Detik 1 OGOS 2009 tepat pukul 10.15 malam untuk puluhan kalinya air mata ini mengalir lagi...panggilan jururawat untku anak-anak Hj. Osman masuk ke ICU diumumkan.. jururawat itu berbisik padaku... "ajar bapak mengucap, jantungnya makin lemah." Kubisikkan kalimah syahadah di telinganya... kulihat air mata mengalir daripada kelopak matanya yang tertutup rapat...bapak ampunkan anakmu ini sekiranya di sepanjang usia ini kutelah melakukan kekasaran padamu... oh.. tuhan kau permudahkanlah roh bapakku ini keluar dari jasadnya jika pada detik ini kau ingin memanggilnya. Aku mohon padamu ya Allah kasihilah bapakku ini sebagaimana dia mengasihi sewaktu kecil dulu. Kuusap dahinya..terasa keringatnya memercik halus. Kutatap wajahnya dan kuulang bisikan kalimah syahadah di telinganya...dan akhirnya telah sempurnalah pusingan hidup manusia... bapak.... semoga rohmu aman di sana.
Amin..

Isnin, 6 Julai 2009

Julai


Sedar tak sedar telah 6 bulan berlalu tahun 2009,... betapa banyaknya masaku habiskan,... begitu saja... tiada apa-apa yang meningkat kecuali umurku... dan badanku... makin berat kilonya... hai.. bagaimana dengan imanku, ..ibadatku... dan amalku... aku disedarkan dengan kematian beberapa jiran tetangga yang pergi menghadap Illahi secara tiba-tiba,... tidakkah itu memberiku peringatan bahawa hidup ini memang tidak kekal. Sampai masa kita akan pergi. Dan pemergian itu adalah satu hakikat yang agak menggentarku...

Isnin, 22 Jun 2009

Taman Negara




Satu masa dulu hutan adalah sesuatu yang menakutkan... kata mak, jangan masuk hutan,.. dalam tu ada jembalang,.. ada hantu... ada penunggunya... pendeknya macam-macam ada... semuanya menakutkan.

Masuk hutanpun banyak pantang larangnya,.. jangan tegur bila nampak benda pelik-pelik, jangan celupar mulut dan macam-macam lagi... itu semua untuk apa????

PENDIDIKAN

Orang zaman dulu selalu mendidik secara halus... nak mengelak anak keluar malam digempar dengan berita kemunculan pontianak, hantu pocong dan macam-macam lagi. Begitulah cara orang Melayu jaga hutannya. Adakah hari ini kita masih mendidik anak menjaga hutan dengan cara begitu?????

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Pagi Cikgu







Waktu sekolah aku memang bercita-cita nak jadi cikgu... itulah satu cita-cita yang pada awalnya rasanya amat mustahil untuk kugapai. Tapi kini aku dah terjadi cikgu... maka terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kemenjadianku sebagai seorang guru

Jumaat, 8 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



Salam kasih untukmu ..ibu..


Tiada kasih seindah wajahmu...tiada sayang semanis senyumanmu...tiada marah seikhlas belaianmu...tiada tangis sesedu rindumu...


Ibu..ibu...ibu...


Wajah pertamaku lihat tak kala membuka mata di dunia....Tangan pertama membelai dan mendakap tubuhku tak kala ku menangis kesejukan....Susu pertama mengisi perutku tak kala aku kelaparan...


Ibu...ibu...ibu...


Terkenang mula-mula merempat kat Pahang



Terima kasihlah kepada mG yang telah mengingatkanku bahawa aku dah didaftarkan ke kumpulan G 40 pada 22 April lepas.... tepat jam 12 tgh malam tu...

Selepas detik itu bermulalah cabaran dan dugaan era 40. seorang rakan seperjuangan kembali ke rahmatullah,...suami kemalangan...niat nak menjejakkan kaki ke baitul haram tertunda... dan lepas ni tak tahu entah-apa lagi cabarannya...aku tunggu dengan penuh debar di hati.

Terkenang kembali saat-saat susah dulu, datang ke jengka 1970.... sungguhpun begitu ia adalah manis untuk diingati kembali. Detik-detik ini membuktikan kejayaan kita mengukir nama dalam perjuangan hidup. Sekalung tahniah untuk generasi pertama Jengka 2 khususnya ayah dan ibu kerana mahu berhijrah bagi mencari masa depan yang cerah buat anak-anakmu.