Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Jumaat, 1 Januari 2010

Pesanan Orang tua dahulu untuk Anak2 2010

Bakar gaharu di tengah halaman,                                
Asamkan karat si pisau raut;                                     
Kalau berguru salah pedoman,                                  
Sesat di darat karam di laut.                                      

Pantai Rengit teluk berlembah,                                  
Tarik sampan turun menuba;                                     
walau langit dirasa rendah,       
Tiadalah bulan jatuh ke riba.

Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki;
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.                                



Sabtu, 26 Disember 2009


Selamat kembali semula ke sekolah kita.. tak lama lagi sekolah dah nak buka, ramai rasanya mak bapak rasa lega...sebab anak-anak akan ke sekolah balik....lega.... rumah akan tenang balik..tak ada hiruk pikuk suara anak-anak bergaduh,.. tak ada lagi masalah anak-anak asyik lepak ngan kekawannya di tempat-tempat yang tak sepatutnya. Tekanan darah tinggi mak bapak akan turun...

Berbeza pulak dengan cikgu sekolah.. tekanan darah akan naik balik.. menghadapi kerenah anak didik yang mak bapakpun faham...tapi kadang-kadang buat-buat tak faham.
Cabaran pendidikan sekarang sangat berat bukan sahaja di pihak guru malah di pihak anak didik tu sendiri...sekarang godaan mereka banyak....banyak sekali.. handphone, internet, tV, shopping kompleks dan macam2 lagi... tak tertahan jiwanya kalau tak kuat iman.

Berbeza dengan zaman kita dulu. TV hitam putih...tupun hanya ada kat rumah tok penghulu, handphone tak payah cakap le... main tulis surat je..gambar.....jauh sekali. Hai anak-anak 2020 cabaran hidupmu sangat getir... kuatkanlah iman dan tekadmu untuk menghadapinya. carilah dinding yang ampuh untuk kau sandarkan harapan...harapan untuk sentiasa berada di garisan yang lurus...yang akan membawa kau ke menara kejayaan..satu kejayaan yang murni..yang bersih dari segala palitan noda dan dosa...sesungguhnya bila kau berjaya mengharunginya...kau akan rasa makna kepuasan hidup....

सलामत केम्बली के सेकोलाह किता

Selasa, 22 Disember 2009

maal hijrah


alhamdullillah...Aku masih ada nyawa di tahun baru ini...Aku masih ada peluang untuk menadah tangan memohon keampunan... aku masih ada waktu untuk sujud merapatkan taubat...terima kasih tuhan... kerana masih memberiku peluang lagi bagi menginsafi diri...bagi menyesali dosa dan bagi aku menunggu di pintu taubatmu.

Jumaat, 6 November 2009

KENANGAN MEMANG INDAH


Kadang-kadang kita terpanggil untuk kembali mengenang memori lepas... Memori yang memberi kita semangat untuk melangkah lebih gagah hari ini. memori yang membuatkan kita lebih berbahagia jika kita tak jumpa kebahagiaan itu hari ini...memori yang menjadikan aku lebih bersyukur pada hari ini...sesungguhnya terima kasih kerana sudi menyayangi.. terima kasih kerana memberiku makna rasa dicintai...

Khamis, 22 Oktober 2009

ALHAMDULLILAH


Bersyukur aku kepada Allah yang maha berkuasa, setelah berkurun-kurun umurnya dunia, barulah aku diwujudkan..diwujudkan dalam persekitaran yang jauh lebih bertamadun,..maju dan tidak pelik bila ada teori tentang besi yang boleh terbang,..dan terapung di dalam air. Tidak pernah rasa kehairanan bila melihat orang cakap dan ketawa sorang-orang....