Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Rabu, 23 Mei 2012

REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Frasa yang memang sudah terkenal dan bermain selalu dibibir kita. Tetapi apakah kita telah memahami dan mengambil ikhtibar darinya????????????????? sememangnya juga tiba detik itu maka baru kita sedar dan insaf....harap semuanya belum terlambat......................

Sabtu, 22 Januari 2011

Di manakah Pandangan kita tentang kematian.....

1.  Takut mati, ingin terus hidup. ...Ini adalah jenis orang kafir yang kaya
2.  Takut hidup, ingin mati....Jenis orang kafir yang putus asa
3.   Mati boleh,..dan hiduppun boleh.....Ini jenis orang gila
4.   Hidup takut dan matipun takut...ini jenis penjahat
5.  Hidup berguna, mati dalam iman dan takwa... Inilah yang benar-benar bahagia.Mulia di dunia dan di  
     akhirat telah menunggu syurga

Jumaat, 20 Ogos 2010


Pertama kali kakiku jejak di bumi anbia ..terasa berdiri seluruh bulu romaku...ada satu macam perasaan kerinduan yang tak dapat kugambarkan melalui kata-kata berbaur dalam hati..memang begitu agung kejadian tuhan..segalanya telah diatur begitu rapi..dan tiada sesiapa yang sebijak itu untuk mengatur semua kejadian selain Penciptanya yang maha agung..subhanallah...

Sabtu, 13 Mac 2010

DEMI MASA


Masa cuti persekolah yang bakal ditempoh pada minggu depan..pelbagai program telah diatur...pelbagai rancangan telah kususun..rasanya macam-macam benda yang ingin kulakukan..kertas kerja yang masih tertangguh...lipat kain..susun dan kemas rumah...mengecat pusat sumber dan macam-macam lagi...namun segala perancangan nampaknya hanya tinggal rancangan...kerana tiba-tiba bapa mentuaku mengalami kemalangan..itulah yang dikatakan orang bahawa kita hanya merancang...yang menentukan adalah yang Esa...

Jumaat, 1 Januari 2010

Pesanan Orang tua dahulu untuk Anak2 2010

Bakar gaharu di tengah halaman,                                
Asamkan karat si pisau raut;                                     
Kalau berguru salah pedoman,                                  
Sesat di darat karam di laut.                                      

Pantai Rengit teluk berlembah,                                  
Tarik sampan turun menuba;                                     
walau langit dirasa rendah,       
Tiadalah bulan jatuh ke riba.

Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki;
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.                                



Sabtu, 26 Disember 2009


Selamat kembali semula ke sekolah kita.. tak lama lagi sekolah dah nak buka, ramai rasanya mak bapak rasa lega...sebab anak-anak akan ke sekolah balik....lega.... rumah akan tenang balik..tak ada hiruk pikuk suara anak-anak bergaduh,.. tak ada lagi masalah anak-anak asyik lepak ngan kekawannya di tempat-tempat yang tak sepatutnya. Tekanan darah tinggi mak bapak akan turun...

Berbeza pulak dengan cikgu sekolah.. tekanan darah akan naik balik.. menghadapi kerenah anak didik yang mak bapakpun faham...tapi kadang-kadang buat-buat tak faham.
Cabaran pendidikan sekarang sangat berat bukan sahaja di pihak guru malah di pihak anak didik tu sendiri...sekarang godaan mereka banyak....banyak sekali.. handphone, internet, tV, shopping kompleks dan macam2 lagi... tak tertahan jiwanya kalau tak kuat iman.

Berbeza dengan zaman kita dulu. TV hitam putih...tupun hanya ada kat rumah tok penghulu, handphone tak payah cakap le... main tulis surat je..gambar.....jauh sekali. Hai anak-anak 2020 cabaran hidupmu sangat getir... kuatkanlah iman dan tekadmu untuk menghadapinya. carilah dinding yang ampuh untuk kau sandarkan harapan...harapan untuk sentiasa berada di garisan yang lurus...yang akan membawa kau ke menara kejayaan..satu kejayaan yang murni..yang bersih dari segala palitan noda dan dosa...sesungguhnya bila kau berjaya mengharunginya...kau akan rasa makna kepuasan hidup....

सलामत केम्बली के सेकोलाह किता

Selasa, 22 Disember 2009

maal hijrah


alhamdullillah...Aku masih ada nyawa di tahun baru ini...Aku masih ada peluang untuk menadah tangan memohon keampunan... aku masih ada waktu untuk sujud merapatkan taubat...terima kasih tuhan... kerana masih memberiku peluang lagi bagi menginsafi diri...bagi menyesali dosa dan bagi aku menunggu di pintu taubatmu.

Jumaat, 6 November 2009

KENANGAN MEMANG INDAH


Kadang-kadang kita terpanggil untuk kembali mengenang memori lepas... Memori yang memberi kita semangat untuk melangkah lebih gagah hari ini. memori yang membuatkan kita lebih berbahagia jika kita tak jumpa kebahagiaan itu hari ini...memori yang menjadikan aku lebih bersyukur pada hari ini...sesungguhnya terima kasih kerana sudi menyayangi.. terima kasih kerana memberiku makna rasa dicintai...

Khamis, 22 Oktober 2009

ALHAMDULLILAH


Bersyukur aku kepada Allah yang maha berkuasa, setelah berkurun-kurun umurnya dunia, barulah aku diwujudkan..diwujudkan dalam persekitaran yang jauh lebih bertamadun,..maju dan tidak pelik bila ada teori tentang besi yang boleh terbang,..dan terapung di dalam air. Tidak pernah rasa kehairanan bila melihat orang cakap dan ketawa sorang-orang....

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan....kau datang lagi untuk kesekian kalinya


Salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca atau terbaca coretan ini....

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam sedunia, seMalaysia dan sebangsa.. Dalam meniti hari depan, masih samar dimana titik akhir kita.. adakah akan sempat menghabiskan 30 ramadan ini atau sempat sampai ke syawal ini atau seumpamanya...????? Itu semua kerja Tuhan yang kita mesti akur. Kejutan demi kejutan yang diterima akan pemergian rakan-rakan seperjuangan, tambah menginsafkanku, bahawa hidup ini sangat singkat. Gunakan bulan ini sebaik mungkin..kerna mungkin ini adalah ramadan yang terakhir untuk kita......

Jumaat, 7 Ogos 2009

Tinggal Kenangan


Sejarah berulang kembali, peristiwa 10 tahun lepas kembali menjadi realiti lagi pada pagi ini,. cuma situasinya agak berbeza... aku dikejutkan oleh kedatangan suamiku ke sekolah untuk memaklumkan akan keadaan bapak yang telah dimasukkan ke Hospital Sultan Hj. Ahmah shah, Temerloh kerana serangan jantung. Hati serasa mahu terbang ketika itu juga ke pangkuan bapak,.. apabila permohonan cuti rehatku diluluskan maka aku pun bergegas pulang dan sampai ke hospital kira-kira jam 7.30 petang. ....
Mengadap bapak yang telah tidak sedarkan diri dengan pelbagai wayar berselirat ditubuh meruntunkan lagi jiwaku.. ..seluruh tubuh seakan sama merasai kesakitan itu...2 hari kumenunggu bapak membuka mata melihatku... tetapi hampa... dalam saat- saat begini kurasa betapa kerdilnya kita... dengan sekelip mata kita menjadi terus tidak berdaya.
Sekujur tubuh yang masih bernyawa kutatap dari hujung rambut sampai hujung kaki... bapak jika ditakdirkan tika ini kau meninggalkanku.... maka aku pasrah menerima takdir itu.... kerna aku tidak sanggup lagi melihat tubuhmu terbujur tidak berdaya di cadar putih itu.. betapa ketakutanmu untuk menjalani pembedahan jantung telah merenggut nyawamu...
Detik 1 OGOS 2009 tepat pukul 10.15 malam untuk puluhan kalinya air mata ini mengalir lagi...panggilan jururawat untku anak-anak Hj. Osman masuk ke ICU diumumkan.. jururawat itu berbisik padaku... "ajar bapak mengucap, jantungnya makin lemah." Kubisikkan kalimah syahadah di telinganya... kulihat air mata mengalir daripada kelopak matanya yang tertutup rapat...bapak ampunkan anakmu ini sekiranya di sepanjang usia ini kutelah melakukan kekasaran padamu... oh.. tuhan kau permudahkanlah roh bapakku ini keluar dari jasadnya jika pada detik ini kau ingin memanggilnya. Aku mohon padamu ya Allah kasihilah bapakku ini sebagaimana dia mengasihi sewaktu kecil dulu. Kuusap dahinya..terasa keringatnya memercik halus. Kutatap wajahnya dan kuulang bisikan kalimah syahadah di telinganya...dan akhirnya telah sempurnalah pusingan hidup manusia... bapak.... semoga rohmu aman di sana.
Amin..

Isnin, 6 Julai 2009

Julai


Sedar tak sedar telah 6 bulan berlalu tahun 2009,... betapa banyaknya masaku habiskan,... begitu saja... tiada apa-apa yang meningkat kecuali umurku... dan badanku... makin berat kilonya... hai.. bagaimana dengan imanku, ..ibadatku... dan amalku... aku disedarkan dengan kematian beberapa jiran tetangga yang pergi menghadap Illahi secara tiba-tiba,... tidakkah itu memberiku peringatan bahawa hidup ini memang tidak kekal. Sampai masa kita akan pergi. Dan pemergian itu adalah satu hakikat yang agak menggentarku...

Isnin, 22 Jun 2009

Taman Negara




Satu masa dulu hutan adalah sesuatu yang menakutkan... kata mak, jangan masuk hutan,.. dalam tu ada jembalang,.. ada hantu... ada penunggunya... pendeknya macam-macam ada... semuanya menakutkan.

Masuk hutanpun banyak pantang larangnya,.. jangan tegur bila nampak benda pelik-pelik, jangan celupar mulut dan macam-macam lagi... itu semua untuk apa????

PENDIDIKAN

Orang zaman dulu selalu mendidik secara halus... nak mengelak anak keluar malam digempar dengan berita kemunculan pontianak, hantu pocong dan macam-macam lagi. Begitulah cara orang Melayu jaga hutannya. Adakah hari ini kita masih mendidik anak menjaga hutan dengan cara begitu?????

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Pagi Cikgu







Waktu sekolah aku memang bercita-cita nak jadi cikgu... itulah satu cita-cita yang pada awalnya rasanya amat mustahil untuk kugapai. Tapi kini aku dah terjadi cikgu... maka terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kemenjadianku sebagai seorang guru

Jumaat, 8 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



Salam kasih untukmu ..ibu..


Tiada kasih seindah wajahmu...tiada sayang semanis senyumanmu...tiada marah seikhlas belaianmu...tiada tangis sesedu rindumu...


Ibu..ibu...ibu...


Wajah pertamaku lihat tak kala membuka mata di dunia....Tangan pertama membelai dan mendakap tubuhku tak kala ku menangis kesejukan....Susu pertama mengisi perutku tak kala aku kelaparan...


Ibu...ibu...ibu...


Terkenang mula-mula merempat kat Pahang



Terima kasihlah kepada mG yang telah mengingatkanku bahawa aku dah didaftarkan ke kumpulan G 40 pada 22 April lepas.... tepat jam 12 tgh malam tu...

Selepas detik itu bermulalah cabaran dan dugaan era 40. seorang rakan seperjuangan kembali ke rahmatullah,...suami kemalangan...niat nak menjejakkan kaki ke baitul haram tertunda... dan lepas ni tak tahu entah-apa lagi cabarannya...aku tunggu dengan penuh debar di hati.

Terkenang kembali saat-saat susah dulu, datang ke jengka 1970.... sungguhpun begitu ia adalah manis untuk diingati kembali. Detik-detik ini membuktikan kejayaan kita mengukir nama dalam perjuangan hidup. Sekalung tahniah untuk generasi pertama Jengka 2 khususnya ayah dan ibu kerana mahu berhijrah bagi mencari masa depan yang cerah buat anak-anakmu.

Copy dari seorang kawan


LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalaubuat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunungdengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak adapada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 1. suaminya,2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan4. saudara lelakinya . Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 1. sembahyang 5 waktu2. puasa di bulan Ramadhan3. taat suaminya dan4. menjaga kehormatannya . Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanitasebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 'Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ' Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W' Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ' 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

Rabu, 15 April 2009

Betapa kurangnya aku


Setelah 3 hari berlalu... kini aku mula terasa sedikit demi sedikit akan kehilanganmu.. teman..pemergian yang tidak boleh disangkal, ..kehilangan yang takan sama dengan penggantinya...bibit-bibit perjuangan kita mendidik anak bangsa meninggalkan banyak kenangan.. jasamu untuk anak bangsa mungkin tidak difahami oleh sesetengah anak muridmu... namun kau tidak pernah kecewa menegakkan ketegasanmu... itulah sebenarnya yang banyak membantuku... seorang teman yang lemah...khususnya apabila berdepan dengan murid yang nakal... Terima kasih.. teman.. semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Buat keluarga yang ditinggalkan...tabahkan hati mengharungi liku kehidupan. Sampai masa kita akan menyusulnya.