Ingatlah wahai manusia, berhati-hatilah dalam mencari dunia, sesungguhnya seseorang tidak akan dapat melainkan apa yang telah dicatatkan untuknya dan tidak akan mati sebelum mendapatkan bahagian dunia yang telah ditentukan untuknya.
Hadis Rasullullah
"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim
Jumaat, 20 Ogos 2010
Pertama kali kakiku jejak di bumi anbia ..terasa berdiri seluruh bulu romaku...ada satu macam perasaan kerinduan yang tak dapat kugambarkan melalui kata-kata berbaur dalam hati..memang begitu agung kejadian tuhan..segalanya telah diatur begitu rapi..dan tiada sesiapa yang sebijak itu untuk mengatur semua kejadian selain Penciptanya yang maha agung..subhanallah...
Sabtu, 13 Mac 2010
DEMI MASA
Masa cuti persekolah yang bakal ditempoh pada minggu depan..pelbagai program telah diatur...pelbagai rancangan telah kususun..rasanya macam-macam benda yang ingin kulakukan..kertas kerja yang masih tertangguh...lipat kain..susun dan kemas rumah...mengecat pusat sumber dan macam-macam lagi...namun segala perancangan nampaknya hanya tinggal rancangan...kerana tiba-tiba bapa mentuaku mengalami kemalangan..itulah yang dikatakan orang bahawa kita hanya merancang...yang menentukan adalah yang Esa...
Rabu, 27 Januari 2010
Jumaat, 1 Januari 2010
Pesanan Orang tua dahulu untuk Anak2 2010
Bakar gaharu di tengah halaman,
Asamkan karat si pisau raut;
Kalau berguru salah pedoman,
Sesat di darat karam di laut.
Pantai Rengit teluk berlembah,
Tarik sampan turun menuba;
walau langit dirasa rendah,
Tiadalah bulan jatuh ke riba.
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki;
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.
Tiadalah bulan jatuh ke riba.
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki;
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.
Langgan:
Catatan (Atom)