Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan....kau datang lagi untuk kesekian kalinya


Salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca atau terbaca coretan ini....

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam sedunia, seMalaysia dan sebangsa.. Dalam meniti hari depan, masih samar dimana titik akhir kita.. adakah akan sempat menghabiskan 30 ramadan ini atau sempat sampai ke syawal ini atau seumpamanya...????? Itu semua kerja Tuhan yang kita mesti akur. Kejutan demi kejutan yang diterima akan pemergian rakan-rakan seperjuangan, tambah menginsafkanku, bahawa hidup ini sangat singkat. Gunakan bulan ini sebaik mungkin..kerna mungkin ini adalah ramadan yang terakhir untuk kita......

Jumaat, 7 Ogos 2009

Tinggal Kenangan


Sejarah berulang kembali, peristiwa 10 tahun lepas kembali menjadi realiti lagi pada pagi ini,. cuma situasinya agak berbeza... aku dikejutkan oleh kedatangan suamiku ke sekolah untuk memaklumkan akan keadaan bapak yang telah dimasukkan ke Hospital Sultan Hj. Ahmah shah, Temerloh kerana serangan jantung. Hati serasa mahu terbang ketika itu juga ke pangkuan bapak,.. apabila permohonan cuti rehatku diluluskan maka aku pun bergegas pulang dan sampai ke hospital kira-kira jam 7.30 petang. ....
Mengadap bapak yang telah tidak sedarkan diri dengan pelbagai wayar berselirat ditubuh meruntunkan lagi jiwaku.. ..seluruh tubuh seakan sama merasai kesakitan itu...2 hari kumenunggu bapak membuka mata melihatku... tetapi hampa... dalam saat- saat begini kurasa betapa kerdilnya kita... dengan sekelip mata kita menjadi terus tidak berdaya.
Sekujur tubuh yang masih bernyawa kutatap dari hujung rambut sampai hujung kaki... bapak jika ditakdirkan tika ini kau meninggalkanku.... maka aku pasrah menerima takdir itu.... kerna aku tidak sanggup lagi melihat tubuhmu terbujur tidak berdaya di cadar putih itu.. betapa ketakutanmu untuk menjalani pembedahan jantung telah merenggut nyawamu...
Detik 1 OGOS 2009 tepat pukul 10.15 malam untuk puluhan kalinya air mata ini mengalir lagi...panggilan jururawat untku anak-anak Hj. Osman masuk ke ICU diumumkan.. jururawat itu berbisik padaku... "ajar bapak mengucap, jantungnya makin lemah." Kubisikkan kalimah syahadah di telinganya... kulihat air mata mengalir daripada kelopak matanya yang tertutup rapat...bapak ampunkan anakmu ini sekiranya di sepanjang usia ini kutelah melakukan kekasaran padamu... oh.. tuhan kau permudahkanlah roh bapakku ini keluar dari jasadnya jika pada detik ini kau ingin memanggilnya. Aku mohon padamu ya Allah kasihilah bapakku ini sebagaimana dia mengasihi sewaktu kecil dulu. Kuusap dahinya..terasa keringatnya memercik halus. Kutatap wajahnya dan kuulang bisikan kalimah syahadah di telinganya...dan akhirnya telah sempurnalah pusingan hidup manusia... bapak.... semoga rohmu aman di sana.
Amin..