Hadis Rasullullah

"Semua anak cucu Adam bersalah; dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat."
Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Rabu, 15 April 2009

Betapa kurangnya aku


Setelah 3 hari berlalu... kini aku mula terasa sedikit demi sedikit akan kehilanganmu.. teman..pemergian yang tidak boleh disangkal, ..kehilangan yang takan sama dengan penggantinya...bibit-bibit perjuangan kita mendidik anak bangsa meninggalkan banyak kenangan.. jasamu untuk anak bangsa mungkin tidak difahami oleh sesetengah anak muridmu... namun kau tidak pernah kecewa menegakkan ketegasanmu... itulah sebenarnya yang banyak membantuku... seorang teman yang lemah...khususnya apabila berdepan dengan murid yang nakal... Terima kasih.. teman.. semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Buat keluarga yang ditinggalkan...tabahkan hati mengharungi liku kehidupan. Sampai masa kita akan menyusulnya.

Isnin, 6 April 2009


Kekalutan dan kekabutan seringkali mengekori kita, hari-hari berlalu jangan lagi dikenang. Hari-hari mendatang perlu ditempuhi juga. Peristiwa sekeliling menjadi sempadan buat kita memakna kewujudan kita pada dunia ini.... kesibukan yang diterima adalah satu cabaran.... bagi menguji sejauhmana ketabahan dan keikhlasan kita menerima tanggungjawab sebagai khalifah.
Hakikatnya kewujudan kita telah direalisasikan...maka usah lagi berdolak dalih

sahutlah cabaran ini wahai anak-anak negaraku... kuasailah apa saja yang diberikan, gilapkan dirimu seumpama kerlipan bintang di angkasa,... kejayaanmu adalah kejayaanmu jua...cuma izinkan aku tumpang gembira bila kau berjaya.